PINK (Merah Jambu) adalah keluarga warna merah yang melalui gabungan 2 warna iaitu Merah + Putih / Rose = Putih / Magenta + Putih / Jingga + Putih .
Jangan tak tau bahawa pada abad ke 17 ,PINK juga pernah dirujuk untuk menghuraikan warna kehijauan atau kekuningan .
Mengikut budaya Barat ,pada awal tahun 1920an ,warna PINK selalu dirujuk sesuai untuk budak lelaki kerana ia berasaskan warna merah iaitu warna yg lebih garang dan jelas sehinggalah pada sekitar tahun 1940an warna PINK digunakan untuk budak perempuan .
Adalah dipercayai masyarakat Barat merujuk warna PINK kepada budak perempuan kerana perempuan menggemari warna kemerah-merahan seperti buah yang masak ranum serta muka yang berseri -seri .
Reben PINK adalah simbol antarabangsa untuk kempen kesedaran barah payudara kerana ia warna yang amat rapat kepada kaum hawa .
Pada suatu ketika .masyarakat Barat juga menggunakan PINK sebagai warna kepada kaum lelaki yang ditangkap kerana kesalahan seks songsang (homoseksual) .
PINK iguana adalah spesies reptilia yang mula dijumpai pada tahun 1986 dan kini telah diisytiharkan sebagai spesies terancam .
PINK adalah warna rasmi bagi akademik Perancis bagi bidang berkaitan perubatan dan kesihatan .
Masyarakat negara Thailand yang lahir pada hari selasa selalunya akan mengambil PINK sebagai warna rasmi mereka kerana PINK adalah warna bagi hari selasa mengikut kalendar Thailand .
PINK SLIP adalah terma yang digunakan kepada pekerja yang dilucutkan jawatan di negara Amerika .Antara filem yang menggunakan judul PINK adalah Petty In Pink ,Pink Panther dan Pink Cadillac .
Di Jepun , PINK pada asalnya dipanggil MOMOIRO dalam bahasa Jepun tetapi kini masyarakat Jepun lebih selesa dengan panggilan PINK .Mattel's Barbie menggunakan PINK sebagai warna utama untuk pembungkusan barang mainan mereka .